|
|
| Friday, 6-Feb-2009 13:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Shopping @ The Curve
|
|
What I like to do the most --- SHOPPING!!!
Tak kira la kan.. beli ke or just window shop ke..tapi kalau pergi without hubby, mesti tak best.. pasal tak ada tukang bayarkan..
|
|
|
|
|
|
| Friday, 6-Feb-2009 12:51 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My cousin Zadina @ Angah..
|
|
Event date : December 2008
Venue : Kajang, Selangor
After more than 10 years tak jumpa..last December during my visit in KL, I manage to meet up my cousin yang lama tak jumpa.. bukan pasal apa, tapi pasal masing2 ada commitment kerja dan family. Zadina or Angah is my cousin, anak Pak Lang who is Daddy's little brother.
Zadina ada 2 orang anak and they now resides in Kajang, Selangor..
I rasa the next time kami akan jumpa is when anak dia atau anak I kahwin!!! Macam busy gila
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 22-Jan-2009 15:06 |
Email | Share | | Bookmark |
|
What we did last December 2008 trip....
|
|
Hi there.. it has been quite some time since I update this page.. well.. many thanks positive and good things happen, therefore I'm ok with the delay..
Syed had to attend a meeting and a 7 day seminar in Shah Alam.. Me and the kids were overwhelmed with the idea..He meeting in Shah Alam.. means we can lepak in Gombak at Tok Daddy's home.. he he..
Among the places we went and visit were the Pusat Sains Negara, Muzium P Ramlee, visit my cousin yang dah lama tak jumpa in Kajang, a wedding in Cheras and many visits to the shopping mall.. he he..I will update the photos slowly k..
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 30-Nov-2008 10:14 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HAPPY BIRTHDAY DARLING HANIFF!!!
|
|
My darling baby Haniff is 11 years old today!!
It means dah 11 tahun Umi dan Walit balik dari US..
To my darling Haniff,
HAPPY BIRTHDAY AND ALL THE BEST TO YOU!!
Nanti I update more things on Haniff.. nak pergi celebrate and beli present dulu..
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 29-Nov-2008 23:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tips from Datuk Dr Fadillah Kamsah - Untuk renungan bersama
|
|
I was browing some FP this morning and found one one article/writeup which interets me... I believe the owner of the page would not mind if I cut and paste it here as this would be shared with all the other reader of FP.. Credit to Wan Aidil Harith... Thank you.
Speech by Dr Fadhilah Kamsah, kepada semua ibu-bapa, Bakal menjadi ibu-bapa dan kita sendiri sebagai Ibu Bapa
APA PUNCA ANAK DERHAKA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan
hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau
salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak
kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang
sensitif... . itu salah...
"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan
tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan.
Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia
beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak
derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama,
latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan
tergamak menderhaka. "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada
rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu
dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan
persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di
rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.
"Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tenga h malam, anak-anak sudah tidur,
pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak
tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang
panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka
mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan
sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan
mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan
rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau
menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa
dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau
berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak
tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan
ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah
orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor
mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan
tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa
yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa
caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita
derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah
kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu
atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke
masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf
berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan
buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba
kita perhatik an kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta
pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita
buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya
baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu?
"Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi
menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang
untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak
dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu
tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun
sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya
tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada
yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mer eka. Sebenarnya golongan
nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira
kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau
mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang
anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil
berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf
mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan
emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri
kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar.
"Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga
suami. Jalan pintas ke syurga bagi an ak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas
menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu
hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar
menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada
menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi
Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan
pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik
simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita
yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan
bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan
menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa
Nabi Ibrahim.Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi,
katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar
kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D.
Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya
menempatkan anak-anak anda dikalangan winners.
Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak
Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan
antara winners dan losers.Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri
Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri
Mereka tidak boleh.Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda
malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang
baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya
senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga
(Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu
terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakandiri mereka beban.
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi
pada masa akan datang.Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan
mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri.
Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12. Kem ungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali
pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka
lebih daripada sekali.
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah
tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka.Mereka
tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan
anda suami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka
adalah begitu real dalam dunia mereka.
15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam
masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda.
Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun
sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna.
Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak
akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala
cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka,
dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila
rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar
tangisan anak mereka sendiri.
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Nov-2008 23:16 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Yea yea... Balik kampung - Kuala Lumpur...
|
 |
|
Dad and Mum with 6 out of 8 grandchildren
|
|
 |
|
Another shot of the kids with grandparents
|
|
 |
|
Syed, myself with Mum and Dad
|
| | View all 30 photos... |
|
I received an intruction to attend a meeting on 12th November recently. The meeting is schedule on 14th Nov... Ini sudah bagus ni..sambil menyelam minum air...!!!
Terus call hubby and informed him..wondering if he would be kind enough to drive me dowm to Kl or should I get the assistance from the university for transport.
Big darling says.."Ok.. I drive you down. Boleh ziarah Mum and Dad sekali.. I pun tak tengok twins lagi!!!"""
So apa lagi.. besides sibuk collect data and info for the meeting, I also sibuk pack barang to balik kampung.
During our stay there, we spent time with Mum and Dad, then pergi tengok the twins, Aleeya and Aleema.. and also a short trip to Pasar Seni..
Enjoy the pics ye..
My parents and the cucus....
Me, Syed with Mum and Dad..
Aqilah, Aja and the twins
My angels at Pasar Seni
| Quote: | Kak Ida-- dekat la tu dgn my mum's place..
Kak Amal - Balik kampung tempohari sekejap je.. 4 hari je tapi pertengahan Dec insyallah balik lama sikit..
Dapurimpian - Kg saya di Gombak.. Taman Melewar je..you kat mana ek? |
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 23-Nov-2008 07:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
In the mood for muffins..
|
|
I made some muffins for breakfast..
Recipe from Kak Rinn.. thanks ye kak..
| Quote: | Below is the recipe which I copied from Kak Rinn's page..Thanks ye sis!!
BLUEBERRY MUFFIN
Bahan-bahan:
280gm butter
240gm gula castor
4 biji telur
2 camca kecil esen vanilla
250ml susu segar
400gm tepung gandum
4 camca kecil baking powder
Blueberry filling secukupnya.
Cara-cara:
1. Ayak tepung gandum dan baking powder sebanyak 3 kali. Ketepikan.
2. Pukul butter dan gula caster hingga berkrim dan putih gebu.
3. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memukul adunan.
4. Masukkan esen vanilla dan susu segar. Pukul sebati.
5. Kaupbalikkan tepung ke dalam batter sedikit demi sedikit. Jangan terlebih mengadun.
6. Isikan adunan ke dalam muffin cups separuh penuh. Isikan sesudu blueberry filling dan
tutup semula dengan batter sehingga tiga per empat penuh.
7. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 25min -30min.
|
I made half adunan.. just nice, and I dapat 10 muffins.. 5 muffins letak blueberry and lagi 5 letak orange marmalde jam..
The mufins were very soft and pluffy..
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 20-Nov-2008 22:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Sharifah's convocation day!!
|
 |
|
My Princess - Sharifah Az- Zahra Alhady
|
|
 |
|
With us... proud parents of hers
|
|
 |
|
With handsome brothers...
|
| | View all 27 photos... |
|
Function: Wonderful Years Convocation Day
Date : 8th November 2008
Time : 7pm
Venue : Dewan sekolah Cina mana ntah.. tapi tengah pekan di SP!!
Proud moments with Walit and Umi..
With Bro Syed Izzuddin and Syed Haniff..
With friends..
With good friend.. Wawa..
| Quote: | | Abby: Thank you..tapi tahun ni last di kinde, tahun depan dah masuk Sek darjah satu..kurang la bab-bab nari ni... |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Nov-2008 06:39 |
Email | Share | | Bookmark |
|
My hari rajin... cheese cake, frozen karipap and mee goreng
|
|
At times I am so rajin...
Therefore siap buat frozen karipap lagi.. kalau tak tu, I would just call a dear friend of mine and get a packet of the karipap je...
The cheese cake tu, I followed the recipe from Kak Amal with a bit of alteration here and there due to barang tak cukup...Thanks Kak amal.. the recipe was superb..berjaya juga akhirnya buat cheese cake sendiri
| Quote: | Attached is the recipe which I copied from Kak Amal's page.. Thanks ye kak..
Cheese cake dari Kak Amal
500gm cream cheese (saya pakai dalam 350gm je..dalam 1 ½ bungkus)
6 sudu besar gula castor ( I pakai dalam 4 sudu as tak nak manis)
4 biji telur (2 biji telur)
100gm fresh cream ( I pakai dalam 50 gm)
40g tepung gandum (20 gm je)
3 sudu kecik jus lemon ( tak bubuh as bendanya tak ada!!)
Kacang Pistachio dalam ½ cawan (I siap tambah blue berry dalam adunan)
Base
20 keping biscuit marie (saya guna dalam 10 keping je)
6 sudu besar mentega
Cara-cara
Pukul cream cheese and gula hingga sebati dan kembang, campurkan telur sebiji and then campurkan fresh cream dan tepung.. last sekali masuk kan kacang pistachio sikit and since I suka blueberry, saya letakkan dalam 3 sudu blueberry and then I marble kan... bagi ada design la konon...
Masukkan dalam adunan and taburkan sedikit pistachio kat atasnya
Note: Yang dalam kurungan tu is the sukatan yang I pakai… to me, memasak ni tak leh tunggu benda complete…kalau nak tunggu semua benda ada, memang tak kan buat, therefore you adjust !!
|
| Quote: | Dapurimpian : This cheese cake is my 2nd attempt.. dulu pernah try sekali and tak menjadi..terus fobia., tapi bila nampak Kak Amal punya recipe and ada lak gambar step by step cara nak buat.. terus nak try..
Abby :
Kak Amal ; You're most welcome..nanti saya try chocolate cake yang ada pisang tu pulak k.and kalau menjdai I'll share the results with you later kalau senyap tu kira tak menjadi le ye:-> |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Nov-2008 21:18 |
Email | Share | | Bookmark |
|
I'm honored...ada orang sudi datang beraya - Oct 2008
|
|
I am honored as there are students yang sudi datang beraya ke rumah during last Syawal..Shafika siap masak kuih lompat tikam and cake lagi.. bagus budi bahasa..
Thanks ye...
| Quote: | Imah : tak pa.. go slow k..lama-lama siap la Janji mengikut taste kita
Madiha and Dalia: seronok bila ada orang datang.. meriah sangat..
Kak Fazi:
Kak Amal : You're welcome
Yatie : Saya mengajar Business Management.. |
|
|
|
|